Dia amat
kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal
fikiran. Dia adalah seorang doktor neurologi.
Setelah memeluk Islam, dia amat
yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik
yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Quran".
Kajian perubatan
melalui Al-Quran membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di
dalam Al-quran. Diantara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa,
madu lebah, biji hitam (blackseed) dan sebagainya. Apabila ditanya bagaimana
dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa
semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di
dalam urat manusia yang tidak dimasuki oleh darah.
Padahal setiap inci otak
manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Setelah membuat
kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan
memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu
sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang. Urat tersebut memerlukan darah
hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah
hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang
diwajibkan oleh Islam. Begitulah keagungan ciptaan Allah. Jadi barang siapa
yang tidak menunaikan sembahyang, maka otaknya tidak akan dapat menerima darah
yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.Oleh yang demikian, kejadian
manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana
sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang
indah ini.Kesimpulannya: Makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak
bersembahyang, apatah lagi yang tidak beragama Islam, walaupun akal mereka
berfungsi dengan secara normal tetapi sebenarnya dalam sesuatu keadaan mereka
akan kehilangan pertimbangan dalam membuat keputusan yang normal.Jesteru itu,
tidak hairanlah jika manusia ini kadang kala tidak segan silu untuk melakukan
perkara-perkara yang bertentangan dengan fitrah kejadiannya, walaupun akal
mereka mengetahui bahawa perbuatan yang akan dilakukan itu adalah bersalahan
dengan kehendak mereka. Inilah adalah kesan daripada ketidakupayaan otak mereka
untuk mempertimbangkan akan perbuatan mereka itu secara lebih normal. Maka
dengan itu tidak hairanlah timbulnya bermacam-macam gejala-gejala sosial masyarakat
masakini. Dari itu, marilah kita bersama-sama mengambil ikhtibar daripada kisah
di atas.Ambillah Islam secara menyeluruh dan bukannya secara berdikit-dikit

Posting Komentar